Sunday, 19 January 2014
MEMBUAT SALAD KEBUGARAN
Cuba
buat salad kebugaran ini. Dapatkan sedikit sedikit bahan sayuran segar
seperti keret, kubis, seleri, tomato, bawang, halia, timun, bunga kantan
ulam raja dll. Lagi banyak jenis dan perbagai warna lagi baik. Semuanya
diracik halus, campur sedikit sos cili, sedikit garam dan madu. Perah
sedikit limau kesturi dan gaul sehingga sebati. Jika diamalkan harian
bersama buah buahan dan jus yang diperah segar, Insya Allah inilah
antara cara untuk mengawal diri dpd pelbagai penyakit yang susah diubat
seperti kegemukan, darah tinggi dan cancer. Rasanya pun sedap dan
mengenyangkan. (Rujukan :bacalah buku buku mengenai Living Food dan
Juicing Therapy).
ANDA MENGALAMI SAKIT KEPALA ATAU MIGRAINE?
Bila kita sakit kepala, selalunya untuk
menghilangkan sakit kita akan telan ubat seperti panadol atau berjumpa
dengan doktor. Ubat-ubatan sebenarnya memberi kesan melegakan hanya
sementara. Bahkan akan menyebabkan kesan tidak baik pada kesihatan kita pada masa akan datang.
Di halaman ini dari semasa ke semasa, kami akan tunjukkan cara yang paling murah untuk melegakan, mencegah dan juga menyembuhkan. Caranya ialah dengan melakukan pressure therapy atau terapi tekanan pada tapak tangan dan kaki dan juga tubuh badan. Moga ianya memberi manfaat pada kita semua, in sha Allah.
Jadi, kalau kita sakit kepala, picit-picitkan semua jari-jari tangan dan kaki. Lebihkan picit pada ibu jari. Sangat mudah bukan? Boleh dibuat bila-bila masa sama ada anda menonton tv atau menunggu seseorang. Hanya picit-picit sahaja dengan sedikit gentel (spt dlm gambar), bukan mengurut ya. Sambil memicit tarik nafas panjang untuk membantu buka tenaga dalaman. Selepas selesai pastikan kita minum segelas air kosong utk membuang toksin. Lakukan selalu dari semasa ke semasa. Jadikan ianya sebagai tabiat. In sha Allah keajaiban akan berlaku dengan izin Allah.
Lebih bagus kalau ada orang lain picit-picit untuk kita lagi bagus terutama suami isteri, akan menambahkan lagi kasih-sayang. Bagus ya? Ianya bukan sahaja boleh melegakan sakit kepala bahkan boleh melegakan selsema dan juga menenangkan stress/tekanan. Cara pemakanan kebugaran akan lebih membantu (boleh didapati/dipelajari di halaman ini)
Kita akan belajar lebih mendalam lagi pada masa akan datang. CUBALAH!

KEBUGARAN
Penerokaan melibatkan bidang-bidang teknologi EM, makanan kebugaran, pertanian bersepadu, vertical/pressure Therapy, petua dan pelbagai idea.
Subscribe to:
Posts (Atom)