Bila kita sakit kepala, selalunya untuk
menghilangkan sakit kita akan telan ubat seperti panadol atau berjumpa
dengan doktor. Ubat-ubatan sebenarnya memberi kesan melegakan hanya
sementara. Bahkan akan menyebabkan kesan tidak baik pada kesihatan kita pada masa akan datang.
Di halaman ini dari semasa ke semasa, kami akan tunjukkan cara yang
paling murah untuk melegakan, mencegah dan juga menyembuhkan. Caranya
ialah dengan melakukan pressure therapy atau terapi tekanan pada tapak
tangan dan kaki dan juga tubuh badan. Moga ianya memberi manfaat pada
kita semua, in sha Allah.
Jadi, kalau kita sakit kepala,
picit-picitkan semua jari-jari tangan dan kaki. Lebihkan picit pada ibu
jari. Sangat mudah bukan? Boleh dibuat bila-bila masa sama ada anda
menonton tv atau menunggu seseorang. Hanya picit-picit sahaja dengan
sedikit gentel (spt dlm gambar), bukan mengurut ya. Sambil memicit tarik
nafas panjang untuk membantu buka tenaga dalaman. Selepas selesai
pastikan kita minum segelas air kosong utk membuang toksin. Lakukan
selalu dari semasa ke semasa. Jadikan ianya sebagai tabiat. In sha Allah
keajaiban akan berlaku dengan izin Allah.
Lebih bagus
kalau ada orang lain picit-picit untuk kita lagi bagus terutama suami
isteri, akan menambahkan lagi kasih-sayang. Bagus ya? Ianya bukan sahaja
boleh melegakan sakit kepala bahkan boleh melegakan selsema dan juga
menenangkan stress/tekanan. Cara pemakanan kebugaran akan lebih membantu
(boleh didapati/dipelajari di halaman ini)
Kita akan belajar lebih mendalam lagi pada masa akan datang. CUBALAH!
No comments:
Post a Comment